Monday 7 March 2016

lupa diri

kita nasihat kat dia jangan kacau bini orang...dan suh dia nasihatkan bini orang yang dia duk kacau tu jangan kacau laki orang...dua dua dah tua bangka...dah kedut2 muka memasing...rambut dan menipis...jalan pun dah tekangkang2...tak payah la nak kacau2 laki bini orang lagi...malu kat Allah ...dimarahnya kita balik...dikatanya kita busy body...

kawan2 dia dah dekati masjid...dia menjauhi masjid..
elok disebat dua ekor ni di kalayak ramai...
tak tau malu langsung kat Allah



Thursday 1 December 2011

Bertandang

27 November 2011/1 Muharram 1433H-Ahad

Rombongan Bertandang dari Putrajaya diminta berkumpul di Masjid Kuala Pilah seperti dijanjikan pada pukul 12 tengah hari sebelum bersama-sama bertemu di destinasi terakhir di Masjid Bandar Baru Serting, Jempol sebelum ke rumah pengantin.

Keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang turut serta:
Kereta 1 - Kak Yah, Epit, Pak Chu Lee, Ekin
Kereta 2 - Sis, Syam dan Tuti
Kereta 3 - Bang No, Ezah dan Cik Noriah
Kereta 4 - Kak Diana, Abg Aziz dan Atan (Firdaus)
Kereta 5 - Mak pengantin, Bapa Pengantin (Fendi), Kak Mai, Hakim, Ryan dan Amani
Kereta 6 - Cik Tom, Imran, Ku Yah dan Eli, kak Long Chua, Kamal, KE dan KF
Kereta 7 - Cik Nona, Asri dan Farhan
Kereta 8 - Fika, Azri, DeqNa, Mela
Kereta 9 - Syelly dan Mamat
Kereta 10 - Baby, Deqmi, Diya dan Hafiz
Kereta 11 - Marina, Omar, Anje, Boy 1, Boy 2 dan Boy 3

p/s Yang bertanda merah adalah adik beradik mak pengantin...10 orang adik beradik semua nya...

Dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Pilah, kereta yang dinaiki oleh Pak Chu Lee (Wira JFT 4855) broke down @ radiator pecah & water pump bocor di Highway Lekas dekat Tol Setul. Epit datang membantu dari KLIA. Semua penumpang JFT menaiki Teksi LIMO Epit. Kereta JFT ditarik ke Bengkel Bandar Baru Nilai oleh tow truck yang diuruskan oleh petugas lebuhraya.

Semua rombongan kemudian bergerak dari Masjid Kuala Pilah ke Masjid Bandar Baru Serting. Ada 6 keluarga dan saudara mara menunggu di sana.

Kereta 12 - Aya dan Rohaizi
Kereta 13 - Yati, Husin, Saba, Girl 1 dan Girl 2
Kereta 14 - Izah dan Mat
Kereta 15 - Suman, Angah dan isteri
Kereta 16 - Kamarulzaman dan isteri

Wakil pihak lelaki @ abang pengantin lelaki datang menjemput kami di Masjid Bandar Baru bagi menunjuk arah ke rumah pengantin. Sampai tepat jam 2.00 ptg di rumah pengantin lelaki. Lewat hampir 1 jam. Masih ramai tetamu walau pun ramai tetamu sudah meninggalkan majlis.

Paluan kompang mengiringi perarakan pengantin yang hebat dan meriah. Nyanyian puji pujian mengiringi paluan kompang disertai dengan adat menyambut kedua mempelai dengan memberi minuman segelas air masak bagi membasah tekak pengantin.

Pengantin sangat cantik dan menawan. Sangat cantik didandan ditambah dengan warna busana yang sangat padan dengan mereka. Pelamin off white dihiasi kuntuman bunga tepi hijau putih sangat cantik. Bunga telur panca biru putih dan goodie bag berisi kek, bekas tembikar dan sapu tangan berlipat sangat indah. Tetamu juga dibekalkan dengan buah tangan dalam kotak biru firus yang sangat menawan. Makanan nasi beryani serta lauk pauk nya sangat lazat. Makanan pengantin sungguh mewah dan lumayan.

Aku telah berbesan...telah bermenantu... Satu Anugerah Illahi...






Wednesday 30 November 2011

Mengapa Isteri Suka Dipeluk Dan Suami Tidak Suka Memeluk?
 Suami tidak faham mengapa isteri sangat suka dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah perbuatan fizikal, padahal bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih dalam.
Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan secara spontan.
Bagi suami isteri yang asing dan tak biasa dipeluk maupun memeluk, mungkin perlukan sedikit tips.Belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan jaga selalu kontak mata dengannya.
Mengapa isteri suka dipeluk
Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. Maksudnya, pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan intim. Dalam urusan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara suami dan isteri. Lebih dari itu, bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Pelukan memberi makna yang mendalam jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan isteri menyukai pelukan adalah kerana pelukan ini memberikan maksud yang mendalam.
 Mengapa suami isteri harus memeluk
Jika ia boleh membuatkan diri rileks secara fizikan dan emosional, suami isteri mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa keuntungan pelukan.Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang non-seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.Oksitosin dilepaskan dari otak yang nantinya memunculkan perasaan bahagia dan tidak stres. Nah, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.
Ustaz-ustaz juga ada mengatakan bahawa suami yang suka memeluk isteri,umurnya mereka akan lebih panjang.Insya-Allah.

Wednesday 2 November 2011

Yang Pertama...

Anak pertama kami
 Cucu pertama keluarga suami
  Kenduri pertama kami
   Olek pertama kami
    Keriangan pertama kami
     Kegirangan pertama kami
      Kebahagiaan pertama kami
       Kegusaran pertama kami
        Kerisauan pertama kami
         Kekecohan pertama kami
          Kekalutan pertama kami

Gara-gara menerima...

Menantu pertama kami

Monday 31 October 2011

Tak caya Jaja nak kawen

19.11.2011- Pernikahan Jaja dengan Amar di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya
20.11.2011- Majlis Resepsi Jaja dengan Amar di Dewan Presint 18R8, Putrajaya
Sedikit info:
Jaja lahir pada 6.11.1986
Puteri sulung dan cucu sulung
Menerima pendidikan sekolah rendah di SK Batu Kikir, Kuala Pilah dan SK Bandar Baru Serting, Jempol NS
Menerima pendidikan sekolah menengah di SMK Bandar Baru Serting, Jempol NS
Menamatkan Diploma di Kolej UNIKOP-UiTM (Dipoma in Applied Science)
Menamatkan Ijazah Pertama di UiTM (Ijazah Sarjana Muda Sains Tulin dengan kepujian)
Bertugas di VADS, TTDI

Bercinta selama 10 tahun...